Maksud Pembangunan

·      Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan tradisi. Biasanya pembangunan merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau Negara daripada keadaan mundur kepada maju . Perubahan yang dimaksudkan meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik , sosial, pendidikan ,psikologidansebagainya. Selain itu, perubahan ini juga merujuk kepada aspek fizikal ,kebendaan dan bukan kebendaan.

·       Pembangunan Negara Dirancang melalui dua rancangan utama , iaitu Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP). Sejak merdeka , Sembilan rancangan pembangunan dan dua Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan dengan jayanya.

Rancangan Pembangunan Negara

Pemimpin negara kita telah melaksanakan pelbagai rancangan untuk memajukan ekonomi negara kita. Pada tahun 1960, GDP per capita (Gross Domestic Product Per Capita) negara kita cuma 299US dollar, maka pada tahun 2014, GDP per capita negara kita sudah mencapai 10829 US dollar. Ini membuktikan pendapatan rakyat telah bertambah dari semasa ke semasa yang dilaporkan oleh Bank Dunia (World Bank) Selain itu, kita boleh nampak jurang sosioekonomi antara desa dengan bandar menurun dan jurang sosioekonomi antara bumiputra dengan bukan bukan bumiputra telah menambah baik. Rancangan Malaysia Lima Tahun merujuk Pelan Jangka Sederhana yang mengandungi     dokuman kerja utama untuk melaksanakan program pembangunan Kerajaanmenetapkan sasaran perkembangan makroekonomi dan juga saiz serta peruntukan yang desediakan untuk program pembangunan sektor awan dan swasta bagi lima tahun sesuatu Rancangan.


Rancangan Malaya Pertama

Pemimpin negara kita telah banyak buat perancangan demi memajukan ekonomi negara. Rancangan pertama yang dilaksanakan oleh kerajaan ialah Rancangan Malaya Pertama iaitu semasa tahun 1956 sehingga tahun 1960. Objectif rancangan ini dikeluarkan adalah untuk memajukan sektor luar bandar bagi menambahkan pendapatan penduduk luar bandar serta mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara. Maklamat kedua adalah untuk mempelbagaikan sumber negara dan mengurangkan kebergantungan kepada sektor tertentu seperti timah dan getah. Dengan laksanakan rancangan , kerajaan telah menumbuhkan pelbagai  agensi seperti Rural Industrial Development Authority (RIDA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) demi memajukan ekonomi luar bandar dan mempertingkatkan taraf hidup penduduk luar bandar. 

Rancangan Malaya Kedua

Pada tahun 1961, kerajaan telah memperkenalkan Rancangan Malaya Kedua. Matlamat rancangan ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar,

menggalak kepelbagaian tanaman pertanian dan kegiatan perusahaan di luar bandar dan menyedia lebih banyak kemudahan sosial untuk kawasan luar bandar. Selain itu, rancangan ini juaga bermaklamat untuk menambah peluang pekerjaan dan mengurangkan pergantungan kepada makanan import. Dengan bejayakan rancangan ini, kerajaan telah merancang pembangunan ekonomi dengan menyediakan kemudahan asas yang lengkap. Justeru, kerajaan juga telah banyak membuka tanah dengan kegunaan pertanian dan penetapan semula dan juga menggiatkan pemasaran bagi hasil pertanian dan nelayan. Pihak kerajaan juga menambahkan kemampuan merancang oleh FELDA dengan menjalankan projek Johor Tenggara dan Projek Segitiga Jengka di Pahang. Hasilnya, kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar telah meningkat sebanyak 6.4% setahun. 

Rancangan Malaysia Pertama

Pada tahun 1966, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Rancangan Malaysia Pertama. Rancangan ini merupakan rancangan yang pertama setelah pembentukan Malaysia. Rancangan ini memberikan tumpuan kepada integrasi nasional dalam kalangan penduduk Malaysia, ia juga memberi penekanan terhadap pembangunan sumber manusia dan kepelbagaian program dalam pembangunan ekonomi. Untuk pelaksanaan rancangan ini kerajaan telah menumbulkan pelbagai agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Bumiputra pada tahun 1966, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) pada tahun 1967 dan yang terakhir Lembaga Penasihat Tarif dan Perbandaran Nasional Berhad (PERNAS) pada tahun 1969. Faktor utama penubuhan MARA adalah untuk mempermudahkan pedagang dan pengusaha  bumiputra mendapatkan bantuan kewangan dengan lebih mudah selain daripada bank.

Rancangan Malaysia Kedua

Rancangan Malaysia yang kedua telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1971 sehingga tahun 1975. Faktor rancangan ini diperkenalkan adalah untuk mengatasi dan memperbaiki ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum ekoran kejadian peristiwa 13 Mei 1969.  Bagi mengatasi masalah ini,kerajaan juga telah menyediakan kuota bagi pengagihan biasiswa dan jawatan dalam perkhidmatan awam memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu dengan menutut kepada Perkara 153 yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Rancangan ini dibuat dengan perkenalkan DEB( Dasar Ekonomi Baru) dengan matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat Malaysia bagi mengelakkan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi bagi mengelakkan peristiwa darah antara kaum berlaku lagi.RKM2 ini berfungsi untuk meningkatkan penglibatan kerajaan di dalam ekonomi dengan sasaran utama menambah pegangan ekonomi orang-orang Melayu. Satu lagi kejayaan rancangan ini ialah kerajaan telah menumbuhkan Petroleum National Berhad (PETRONAS) pada tahun 1974. Kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (Gross Domestic Product) telah meningkat sebanyak 7.4% setahun, iaitu lebih tinggi daripada jangkaan iaitu 6.8% setahun. Selain itu juga dapat pertumbuhan dalam beberapa sektor utama seperti pertanian sebanyak 25%, sektor pembuatan sebanyak 19.3%, sektor perdagangan sebanyak 14.4% dan sektor lain-lain sebanyak 10.15%.

Rancangan Malaysia Ketiga

Pada tahun 1976 Rancangan Malaysia 3 telah diperkenalkan. Rancagan ini merupakan peringkat kedua perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Maklamat untuk rancangan ini adalah untuk mengurangkan jurang ekonomi antara wilayah dengan mewujudkan bandar-bandar baharu di sekitar Malaysia. Objektif rancangan ini memberikan penekanan yang banyak kepada isu alam sekitar dan keselamatan negara. Dengan melaksanakan rancangan ini kerajaan telah menumbuhkan 28 buah bandar baru di bawah rancangan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), DARA pada tahun 1980. Selain itu, tanaman getah dan kelapa sawit telah dipertingkatkan oleh kerajaan Malauysia dengan tujuan ekspot untuk menambahkan pendapatan negara. Justeru, badan-badan berkanun seperti MARA,FELDA,Lembaga Penasihat Tarif dan Perbadanan National Berhad (PERNAS),Urban Development Authority of Malaysia (UDA) dan RISDA meneruskan usaha-usaha pembangunan negara. RMK3 ini telah berjaya meningkatkan kadar perkembangan ekonomi negara kepada 8.6%setahun.  Kadar pengangguran juga telah jatuh kepada 5.3%. Kadar kemiskinan di negara telah menurun kepada 29.2% dengan kadar kemiskinan luar bandar jatuh kepada 38% berbanding 59% pada tahun 1970 sebelum ini.

Rancangan Malaysia Keempat



Rancangan ini telah dilancarkan oleh kerajaan Malaysia semasa negara mengalami masalah kemelesatan ekonomi akibat kejatuhan harga bijih timah dan getah dunia iaitu pada tahun 1981. Tumpuanya diberikan  kepada sektor pertanian di luar bandar dan mempelbagai, mengukuhkan ekonomi melalui peluang-peluang pasaran luar dan dalam sesebuah negeri. Selain itu, sektor baharu telah diperkenalakan, iaitu sektor perusahan berat yang berasaskan pelabuhan modal. Matlamat lain rancangan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pengeluaran rakyat dalam semua sektor dan memulih tanah untuk meningkatkan taraf hidup petani dan bidang pertanian. RMK4 telah dilaksanakan dengan penubuhan Perbadanan Industri Berat Malayisia.Justeru, kawasan perdagangan bebas telah dibuka seperti Bayan Lepas di Penang.   Selain itu, Perbandaran Industrial Berat Malaysia (HICOM) telah ditubuhkan mengurus industri berat seperti Kedah Cement Sdn Bhd dan kilang besi PERWAJA di Kemaman, Terengganu.  Dengan perlaksanaan dasar ini, Kita boleh nampak GDP negara telah berkembang pada kadar purata 5.8% setahun. Pendapatan per kapita telah meningkat sebanyak 4.4% setahun daripada RM3171 juta pada tahun 1980 kepada RM4609 juta pada tahun 1985. Selain itu, kereta nasional pertama “Proton Saga” dikeluarkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to " "

Catat Ulasan