Rancangan Malaysia Kelima

Pada sesi ini kerajaan menetapkan beberapa matlamat utama iaitu mencapai perpaduan negara, mencapai objektif DEB, meningkatkan sektor swasta, mempergiat pelaburan asing (FDI) dan galakkan pertumbuhan ekonomi luar Bandar. Sejajar dengan itu, kerajaan telah menekan bidang R&D bagi mengatasi masalah kekurangan guna tenaga dan meningkatkan produktiviti.Rancangan ini juga bermaklamat untuk menggalakkab sektor pertanian dan luar bandar. Usaha pembangunan sumber manusia dijalankan melalui aspek latihan, kemahiran, pengurusan, keusahawanan, pembinaan, perhotelan dan perkapalan. Sehubungan dengan itu, Perbadanan Perlancongan Malaysia di tubuhkan dan turut diperkenalkan tahun melawat Malaysia pada tahun 1990.


Rancangan Malaysia Keenam

RMK ke 6 merupakan sambungan daripada RMK 5 dengan matlamat yang menjadi fokus adalah mengekalkan momentum pembangunan pesat ekonomi negara malah pada sesi ini, pengurusan dititik beratkan agar berjaya mengurus  kejayaan ekonomi negara supaya matlamat pembangunan seimbang tercapai. Kerajaan menggalakkan pelibatan sektor swasta dengan menyegerakan program penswastaan untuk elak perbelanjaan produktif. Dasar liberalisasi dikekalkan bagi meningkatkan pelaburan asing (FDI). Kerajaan turut mengambil inisiatif dengan mengubah struktur industri sedia ada kepada yang teknologi yang lebih canggih dengan harapan keluaran tempatan lebih bermutu. Kerajaan juga telah mengekalkan dasar liberalisasi,pelonggaran peratusan dan undang-undang untuk memperbaiki iklim pelaburan di Malaysia.


Rancangan Malaysia Ketujuh

Pertubuhan ekonomi

seimbang masih lagi menjadi fokus. Namun, masyarakat luar Bandar tidak dipinggirkan. Mereka diberi keutamaan dan mendapat agihan pendapatan. Malah, kerajaan turut melihat kepada peningkatan guna tenaga, pendidikan dan latihan yang berterusan. Pembangunan seperti perumahan, kesihatan, khidmat sosial dan infrastruktur ditekankan dan penswastaan dipergiat. Kerajaan melaksanakan beberapa projek mega untuk menjana pendapatan seperti KLIA, MEASAT dan perkukuhan hunbungan diplomatik dengan negara jiran iaitu program hubungan Kedua Malaysia-Singapura. Dibawah pembangunan kemasyarakatan, kerajaan telah menyediakan kemudahan bagi golongan miskin dan menjalan projek petempatan semula setingga, PPRT dan banyak lagi. Bagi memenuhi hasrat untuk petingkatkan pendidikan, kerajaan telah menambah peluang pendidikan dengan membina university/ IPT yang baru. Dengan rancangan ini Keluaran Dalam Negara Kasar (KDKK) telah meningkat sebanyak 4.7%setahun, melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu 3.0%. Kadar penggangguran pula telahkekal pada paras yang rendah iaitu 3.0%, manakala Indek Harga Pengguna turun kepada 1.6% pada tahun 2000. 


Rancangan Malaysia Kelapan

Objektif RMK pada kali ini adalah memperkukuh kebolehan negara bagi menghadapi masa depan dan memberi penekanan kepada perpaduan melalui pembangunan sosioekonomi. Kerajaan mensasarkan peningkatan aktiviti R&D terutama pada teknologi maklumat dan komunikasi. Dasar penswastaan kian diperkukuh. Kerajaan turut menggalakkan FDI dalam sektor teknologi tinggi. Usaha pembangunan sosioekonomi dilihat Rakan Muda. Kerajaan juga telah menggalakkan pelaburan asing (FDI) terutamanya dalam sektor teknologi tinggi. 


Rancangan Malaysia Kesembilan

Tumpuan kepada permulaan fasa kedua Wawasan 2020 dengan memberi keutamaan kepada aspek-aspek pembangunan insaniah bagi membantu pembangunan fizikal.Ini kerana kerajaan ingin memastikan pengagihan ekonomi yang saksama agar usaha membasmi kemiskinan terutama dalam kalangan rakyat termiskin di luar bandar dapat dipertingkat. Melalui agihan yang saksama, ia juga membantu meningkatkan ekuiti bumiputera seterusnya pembangunan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera (MPPB). Malah kerajaan turut menggalakkan pernyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).Kerajaan juga telah merancakkan program penswastaan dalam Rancangan peringkat ini.


Rancangan Malaysia Kesepuluh

RMK 10 tidak lagi memfokuskan kepada kegiatan pertumbuhan ekonomi sebaliknya memanfaatkan kepelbagaian etnik untuk kejayaan antarabangsa disamping mentransformasi negara berpendapatan tinggi yang berasaskan produktiviti dan inovasi. Oleh itu kepelbagaian etnik dapat dapat dimanfaatkan dengan  memberi peluang sama rata,perkongsian kepintaran turut juga menyemai perasaan menghargai khazanah negara. Dengan wujudnya persekitaran seumpama ini, ia dapat menjayakan pertumbuhan ekonomi secara tidak langsung malah menuju kearah pembangunan sosioekonomi secara inklusif dengan mengekalkan modal insan bertaraf dunia seterusnya mewujudkan persekitaran ke arah peningkatan kualiti hidup. Oleh yang demikian, kita dapat mentransformasi kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to " "

Catat Ulasan