DEB- Dasar Ekonomi Baru


Dasar Ekonomi Baru bersifat serampang dua mata iaitu:

  •  Membasmi kemiskinan.
  •  Menyusun semula masyarakat.

 
Matlamat DEB ialah mencapai perpaduan nasional – ‘Pembangunan Dengan Pengagihan Saksama’ dan memodenkan kehidupan di luar bandar. Beberapa kerjayaan telah dicapai melalui DEB yang diperkenal oleh kerajaan Malaysia. Antara kerjayaan yang telah dicapai ialah hampir keseluruhan sistem sosial masyarakat majmuk di Malaysia telah digubah. Dasar ini juga telah  mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan dan mencapai perpaduan nasional. Peningkatan ekonomi negara berjaya dikekalkan pada kadar 4.6%. Kadar kemiskinan menurun 25.3% kepada 17.1%; kadar kemiskinan luar bandar menurun 

29.1% kepada 21.8%. Hak milik modal saham Bumiputera

meningkat 17.9% kepada 20.3%.


DPN – Dasar Pembangunan Nasional

Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJPK2) telah digubal berasaskan DPN. Objektif  DPN ialah memupuk perpaduan negara serta memperkukuhkan kestabilan sosial, politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. Selain itu, DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi. Fokus utama dasar ini ialah pembasmi kemiskinan dan penyusun semula 
masyarakat dalam Malaysia. Dimensi dasar ini adalah untuk 

meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan

diri dalam proses penyusunan semula masyarakat. Di samping itu, dasar ini menumpukan perhatian yang banyak kepada 

pembangunan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian

Bumiputra (MPPB) sebagai satu strategi penting ke arah 

meningkatkan dan mengekalkan penyertaan golongan Bumiputra

 dalam kegiatan ekonomi di Malaysia.



DWN – Dasar Wawasan Negara



Dasar Wawasan Negara diperkenalkan adalah untuk 
membangunkan Malaysia sebagai sebuah masyarakat berasaskan 
pengetahuan. Di samping itu, dasar ini menjadikan sektor 

pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik melalui 

penerapan pengetahuan yang lebih tinggi. Selain itu, dasar ini 
\meningkatkan penyertaan bumiputera dalam sektor utama ekonomi 

serta membasmi kemiskinan dlam kalangan kelompok kecil miskin 

dikawasan terpencil seperti orang asli. Dimensi baharu dasar ini 

adalah seperti membangunkan Malaysia sebagai sebuah 

masyarakat berasaskan pengetahuan dan menjana pertumbuhan 

yang didorong oleh sumber dan kekuatan tempatan melalui 

pengukuhan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to " "

Catat Ulasan